Wednesday 26 December 2012

Pengenalan KB Agrofarm

Salam kepada para pelawat blog saya ini. Semoga anda semua sihat dan diberkati Allah setiap masa hendaknya. Blog ini aku hasilkan untuk memperkenalkan produk aku kepada umum dan berkongsi minat dengan masyarakat Malaysia yang sama minat dengan saya.
KB Agrofam merupakan penternak ayam sabung baka terpilih. Fokus kami adalah dari baka ayam siam. Kami KB Agro Farm menjalankan aktiviti ternakan yang terletak di Kg Besar , Tasek Gelugor, P.Pinang. Buat masa ini ternakan yang ada direban kami adalah ayam sabung. Sabung yang kami ternak bukan lah untuk perjudian ,tapi sebagai hiasan, penyeri reban dan recycle makanan dibuang.
Sejak kebelakangan ini, seringkali kita terbaca tentang kisah-kisah kejayaan petani dan juga penternak yang mampu menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan hasil ternakan yang mereka usahakan. Satu demi satu kisah kejayaan usahawan-usahawan tani ini dipaparkan, sama ada di akhbar mahupun TV. Kisah-kisah ini amat mengujakan, kerana saya amat meminati bidang penternakan ayam sabung. Sememangnya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian dan juga penternakan ini. Tetapi, disebabkan kekangan masa, saya membuatnya secara sambilan. Diharap usaha saya akan menambah sedikit rezeki.
Penternakan adalah perniagaan.

No comments:

Post a Comment